marhaban2u.com

MeMbErs

Kursus berenang SUKSIS...

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 10:44 AM

View Comments


pada hari ahad ni..aku akan mengikuti kursus renang anjuran SUKSIS...

kursus nie memang sesuai ngn aku la yang x pandai berenang nie..hahahaha...

harap dengan menghadiri kursus nie aku akan pandai berenang,...insyaallah..

selama tiga hari plak tue..hehehe..balik kursus jea terus balik kampung nak raya haji..tapi

tiket x beli lagi nie..aduh pening plak nak pikir pasal tiket,,,nak balik pakai apa yea..dengar citer

tiket ketapi pun dah abis..tiket bas aku x tahu la plak kan...ish3,,,,tekanan mental sungguh...

x apa..semua masalah ada penyelesaiannya.hahahaha,,,harap2 aku berjaya

selesaikannya...hehehee

Air Terjun Jerangkang

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 10:18 AM

View Comments

air terjun jerangjang memang best....orng kata apa...memang terbaik la...air terjun bertingkat2...kolam banyak plak tue yang terhasil dari air yang terjun tue...hahahahaha..

aku naik sampai tingkat yang ke-18 jea...tapi kene lalu track utan la..bleh dikatakan pangok gaks la...setengah orang ckp...PACAK BRO...hehehe...

tapi mcm biasa la mandi air terjun, sejuk dia x yah cakap la...smpai ketar kepala lutut..tapi yang slacknya aku x bawk kamera aku yang berkuasa x berapa tinggi tue..kalu x aku snap semuat2 pic kat dalam kamera aku tue...

kene tunggu orng upload pic dulu la..baru aku msk kat sini...hehehehe...rasa mcm nak pegi lagi jea,..tapi tengok la kalu ada trip pegi sana lagi...apalagi follow la...hahahaha

JOM HIKING TRANS TT V2...

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 12:20 PM

View Comments



emmm..ada satu group nie akan mengadakan XPDC TRANS TT V2....

Kepada yang mana nak join bleh la roger2 aku yea....

XPDC nie makan masa lebih kurang 10 hari kot x salah aku....

apa komen korang...kalu nak join..jom la...

sronok tue.....

Deodoran Tahan Seminggu

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 12:17 PM

View Comments



GOH (kiri) ketika melancarkan deodoran Once A Week, baru-baru ini.

Produk baru lebih selamat sesuai untuk pengguna aktif

MENJALANI kehidupan aktif setiap hari menyebabkan seseorang mudah berpeluh. Tambah memburukkan keadaan, keringat yang membasahi bahagian bawah lengan bukan saja mencacatkan penampilan, tetapi turut mengundang masalah bau busuk.

Bagi membendung masalah itu daripada terus menghantui diri, penggunaan deodoran yang mengandungi bahan kimia khusus untuk menghalang pertumbuhan bakteria di permukaan kulit menjadi pilihan ramai orang.

Bagaimanapun, kajian mendapati campuran bahan kimia daripada produk sebegitu antaranya aluminium klorida boleh mengundang risiko Alzheimer dan barah payu dara sehingga menakutkan ramai pengguna.


Once A Week, satu produk baru dipasarkan Crystal Global Services Sdn Bhd hadir tepat pada masanya iaitu ketika ramai pengguna yang peka mengenai penjagaan kesihatan tercari-cari produk penyahbau yang dijamin selamat.

Presidennya, Winsern Goh, berkata Once A Week berupa tisu yang berfungsi sama seperti deodoran adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang aktif tidak mengira jantina dan usia.

DEODORAN Once A Week, mengekalkan kesegaran badan sehingga seminggu.

“Produk ini tidak mengandungi campuran bahan kimia, malah ia 100 peratus bebas aluminium yang menjadi punca barah selain bertindak sebagai agen biologi yang menghasilkan sejenis bakteria baik iaitu Pio-Laktpbacillus.

“Melalui proses metabolisme, kulit bebas bau antara lima hingga sembilan hari walau selepas mandi sekali gus menghalang bau busuk pada badan yang berpunca daripada bakteria penyebab bau badan,” katanya ketika pelancaran deodoran Once A Week, di sini baru-baru ini.

Selain tidak ada campuran bahan kimia dan alkohol, 80 peratus kandungan Once A Week adalah air dan ia dikatakan tidak menyekat bau busuk, tetapi menghalang punca bau busuk daripada terus membiak.

Disasarkan untuk lelaki dan wanita yang aktif, penggunaan Once A Week juga dikatakan tidak menutup pori kulit selain membantu menghalang bahagian bawah ketiak menjadi hitam.

“Kami juga yakin, Once A Week adalah produk pertama seumpamanya di dunia yang mampu menjamin penggunanya kekal segar sehingga 120 jam pemakaian.

“Pengguna yang mengalami masalah kulit sensitif juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan Once A Week kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit, malah diakui lebih selamat daripada ubat kumur mulut,” katanya.

Bagi memastikan keberkesanan produk, pengguna disarankan menggunakan tisu Once A Week selepas mandi dan ketika kulit kering dan bebas peluh.

Berbeza dengan pembungkusan produk penyah bau sedia ada di pasaran, sepaket Once A Week mengandungi tiga tisu kering dan dijual pada harga RM8.90 sepaket.

Produk ini boleh didapati di kebanyakan farmasi utama antaranya Guardians, Vitacara dan Caring.

INFO

Once A Week


  • 100 peratus kandungan air

  • 100 peratus bebas alkohol

  • Tidak melekit

  • Tidak meninggalkan kesan pada baju

  • Tidak berwarna

  • Tidak ada campuran pewangi

  • Tidak menutup pori kulit

  • Sesuai untuk semua jenis kulit

  • Diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan US FDA.

  • p/s : petikan dari akhbar BERITA HARIAN

    10 perkara / hal yang sia-sia

    Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 12:07 PM

    View Comments

    Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
    menyatakan bahawa ada sepuluh (10) hal yang termasuk dalam
    kategori sia-sia, iaitu:-

    1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
    dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

    2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
    secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

    3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
    kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

    4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
    mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
    keselamatan arwah-arwah mereka.

    5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
    ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

    6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
    seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
    ilmu pengetahuan.

    7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
    menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

    8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
    tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

    9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
    memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
    meningkatkan budi pekerti.

    10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
    kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

    P/s : sumber dari rakan...kongsi2 la yea....

    Pesta MOTORBIKE...

    Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 11:51 AM

    View Comments

    Ini adalah antara motor yang dipamerkan......kat luar banyak lagi..


    tayar belakang

    motor 1

    motor 2

    motor 3


    motor 4

    motor 5

    motor 6

    gillera...


    banyak lagi yang mantap2..tapi wa x ambik la...hehehe..nie jea yang boleh wa snap...hehehe

    apa2 pun enjoy...

    p/s : pic kurang memuaskan..pakai camera phone je beb....

    PETUA.....

    Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 11:41 AM

    View Comments

    1.PETUA CEPAT DIPINANG
    -banyakkan minum air pinang...lg sedap kalau buat jus,,,fuh,,,

    2.MENEGANGKAN KULIT MUKA
    -korang tarik kulit muka tu bagi tegang pastu stappler la...

    3. MENGHILANGKAN BAU BADAN
    -berendam dalam besen air yang telah diisi dengan minyak wangi dan serai wangi...confirm wangi pasnie

    4.MELEMBUTKAN RAMBUT
    -rendam kepala korang dalam air yang menggelegak,,,klu bleh biar suhu 2 mencecah 200 celcius ke atas,,,

    5.MENGEKALKAN KECANTIKAN
    -jangan basuh makeup korang,,,biar je,,,tapi tu pon kalau make up korang lawa la,,,

    6.MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR
    -lumur rambut korang dengan gam gajah,,,confirm tak gugur dah pasni,,melainkan tercabut terus dari kepala je,,,ntah2 dengan kulit kepala pon boleh tanggal skali..

    7.MENGHALUSKAN KULIT MUKA
    -gosok muka korang dengan kertas pasir,,,

    Semua petua ini amat berguna jika diamalkan selalu...RISIKO tanggung sendiri...hehe

    SEpi...

    Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 11:11 AM

    View Comments

    Nampaknya dah lama aku menyepi dari melakarkan sesuatu pada BLOG ini.... bukan apa BZ sngt2..smpai dh mcm x da masa..tambah dengan kemalasan yang amat ketara..hehee..tapi x apa..aku cuba juga utk melakarkanya..agar ia akan menjadi satu daripada titik permulaan aku untuk BERBLOGGER...