marhaban2u.com

MeMbErs

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Hukum Merokok

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 6:52 PM

View Comments

Disini ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai isu hukum rokok...jika ada pendapat lain sila keutarakan kepada saya....Ini adalah petikan yang saya perolehi mengenai kemusyikilan mengenai perkara ini.....

Isu pengharaman merokok telah mendapat perhatian meluas dari masyarakat Islam Malaysia bukan sahaja kerana hukum pengharaman yang ditetapkan tetapi juga kerana perbezaan pendapat diantara Majlis Ugama Islam negeri-negeri.

Persoalan saya bukanlah dari segi mengapa rokok diharamkan tetapi dari segi yang mana satu nak ikut. Sekiranya sesuatu negeri itu telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok itu haram, adakah penduduk di sesuatu negeri itu tertakluk kepada hukum yang telah ditetapkan pada peringkat negeri itu. Sekiranya ini benar, adakah haramnya merokok di negeri itu sama seperti haramnya berjudi, menipu, dan sebagainya? Bagaimana pula sekiranya kita pergi berlancong ke negeri lain yang tidak mengharamkan merokok? Adakah dengan secara automatik hukum merokok itu tidak lagi menjadi haram?

Baru-baru ini Majlis Fakwa Kebangsaan (kalau tak salah saya), telah menyatakan bahawa merokok itu haram. Macammana pulak dengan negeri-negeri yang masih tidak mengharamkan merokok?

Saya amatlah berharap pihak ustaz memberi penjelasan tentang yang mana perlu diikut dan apa yang perlu dilakukan. Buat pengetahuan ustaz, saya tidaklah merokok, tetapi jika jelas haram hukum merokok, maka wajarlah saya menghalang penghuni rumah saya daripada merokok.

Hukum yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri lain adalah kerana nas yang digunakan untuk menyokong hujah mereka adalah dari sumber yang berlainan. Sebagai umat Islam dari golongan awam, apabila dalam keadaan was-was, maka hendaklah kita mengambil jalan yang lebih berat, iaitu dalam persoalan ini, baiklah kita ambil hukum merokok itu sebagai haram. Apabila telah mengambil sesuatu pegangan, maka hendaklah dipegang dengan tetap walaudimana sekalipun kita berada.

Hujah yang mengharamkan merokok adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:

  • Kesihatan
    • Merokok telah dibuktikan boleh menyebabkan penyakit barah yang boleh membawa maut. Maka jika dilihat kepada firman Allah dalam Surah AlBaqaroh Ayat 195 yang bermaksud "..dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan..." adalah haram melibatkan diri kita dengan sesuatu yang boleh membinasakan diri sendiri.
  • Membazir
    • Merokok adalah suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran. Sepertimana hujah diatas, terdapat juga ayat yang menegah umat Islam dari membazir. Engkar kepada perintah Al-Quran hukumnya adalah haram.
  • Bantuan kepada ekonomi Yahudi
    • Kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Membeli rokok secara tidak lansung adalah menolong syarikat mereka.

Segala kemungkaran wajib ditegah dimana cara menegahnya bergantung kepada iman seseorang. Tegahan boleh dibuat dengan kekuatan, percakapan atau yang paling lemah ialah dengan hati.



Penggunaan kalimah ALLAH S.W.T

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 3:54 AM

View Comments

Salam ...apa kabr semua..disini aku ingin berkongsi apa yang aku telah temui berkaitan dengan isu yg tengah hangat diperdebatkan dan seharusnya tidak la menjadi satu keraguan pada kita semua dan seharusnya kita hendaklah menyokong dan mengetepikan anasir-anasir luar yang ingin menggunakan kalimah `ALLAH` untuk kegunaan agama lain yang mana bukan beragama islam....ini mungkin akan menyebabkab keraguan pada umat islam dan sesuatu yang tidak seharusnya berlaku..sama-sama la kita mempertahankan agar tidak dimanipulasi oleh pihak yang ingin memberikan keraguan kepada umat islam....


+/- Title of the post link

diharapkan anda dapat memberikan pandangan anda..jika saya tersilap kata atau maksud sila maklumkan untuk kebaikan kita bersama....

BERJUANG DEMI KEBENARAN....