marhaban2u.com

MeMbErs

Amalan Diet.....

Posted by Simplelife | Posted in | Posted on 12:08 PM

ini adalah antara tips yang boleh anda amalkan untuk membentuk tubuh badan yang langsing...mungkin kepada mereka yang akan berumah tangga dan mahu memakai baju pengantin tue dah x brapa muat disbbkan oleh cepat sngt bdan berkembang...hehehehe...

kepada para isteri..jaga la bdn anda..kalu x..anda juga yang akan menyesal...x langsing pun x apa.,..JANJI SIHAT....ok

+/- Title of the post link

TIP DIET RENDAH LEMAK
1. Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.
2. Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
3. Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.
4. Buat bakal pengantin anda digalakkan mengambil telur goreng atau telur rebus maksimum 4 kali seminggu.
5. Pada penggemar daging dan ikan anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.
6. Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain membahayakan keselamatan ianya juga membahayakan kesihatan tubuh badan anda.
7. Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.
8. Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.
9. Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.
10. Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.

blog comments powered by Disqus